Ahad, Jun 29, 2008
ada
Ada atau tak ada...?
Mengapa..
Kerana ia wujud, dan ianya ada.
Mengapa ia tak hilang?
Sebab...
Aku akan mencari..
Dan menunggu sehingga ia ADA.
Label: nukilan
Ada atau tak ada...?
Mengapa..
Kerana ia wujud, dan ianya ada.
Mengapa ia tak hilang?
Sebab...
Aku akan mencari..
Dan menunggu sehingga ia ADA.
Label: nukilan
Seribu penyesalan itu tidak mungkin akan aku ungkapkan...
Tidak akan aku jentik naluri ini utk mengakhirinya...
Cuma...
Aku tidak faham, akan kedudukan aku ini pada lapisan bumi yang keras ini.
Terlihat, kau meminta didoakan oleh dia.
Aku tersenyum.
Mungkin doa aku tidak diterima, tidak mengapa.
Mungkin aku tidak layak, biarlah dia yang doakan.
Cuma, telapak tangan ini bocor dengan kemahuan nafsu ini. Tidak daya untuk menadah dengan sekuat hati.
Tetapi, aku mahu menampungnya.
Aku tidak faham, mengapa aku kabur dengan pandangan mata aku sendiri. Aku mahu lihat, kebenaran itu. Tetapi kabus melitupi anak mata aku ini. Aku mahu melihat segala-galanya milik aku. Tetapi gelap itu lebih gemar menghitamkan padangan ini.
Jikalau seribu doa yg dipinta itu adalah utk kau dan dia. Maka, akan aku lirik-kan sejuta senyuman utk kau hidup bersama dengan pilihan itu.
Jikalau kegelapan adalah teman hidup aku, akan aku lebarkan tapak tangan ini utk mencapai bucu gelap itu.
Tidak mengapa, sudah aku nyatakan beribu kali.
Akan aku tukarkan kegembiraan aku ini utk kau mengecapi kebahagian kau.
Akan aku tukarkan keriangan ini utk kau menikmati satu kehidupan yang bermakna.
Sekuat mana dada ini meraung, bumi masih lagi tidak memandang aku.
Tiada siapa dipinta utk berkawan dengan kesedihan..
Tidak mengapa...
Biarlah aku dan bumi ini membaham segala contengan warna air itu.
Tidak mengapa...
Biarlah aku dan bumi ini bersengkongkol utk merempuh konkrit kehidupan ini.
Kau lompatlah setinggi mana yang kau mahu, kau langkahlah sejauh mana utk melepasi tembok-tembok konkrit ini.
Jangan ditoleh, akan aku tiupkan sejuta sokongan utk kau.
Kerana, kau layak utk senyum dimuka bumi ini.
Label: nukilan
Tatkala seluruh manusia sedang lintang pukang berlari-lari mengejar kekayaan bumi, ada seorang makhluk Tuhan yg masih mencari-cari bagaimana cara utk melintas jalan dengan selamat.
Dia-lah..
Di gelar, orang yg kurang siuman.
Tatkala, seluruh manusia siuman sibuk dengan sandiwara dunia mereka, manusia ini masih terteleng-teleng mencari arah pandangan mereka, tiada siapa yg peduli.
Mereka ibarat seorang manusia yg tiada ruang dibumi ini, manusia normal yang jijik ini menganggapnya mereka tidak bersekedudukan.
Mengapa?
Tidak mengapa wahai orang kurang siuman, aku tahu walaupun perasaan kau itu tidak dapat dilihat dengan secara zahirnya, tetapi secara batinnya kau adalah manusia yg sudah di tempatkan pada satu sudut yang indah suatu hari nanti.
Wahai manusia istimewa...
Tahukah engkau, yang sebak membunuh pandangan mata ini, tiada erti kata jijik dari manusia seperti aku utk kau, kau mungkin tidak memahami kehendak dan kemahuan kau itu, tetapi nyata kau hanya seorang manusia yang mencari kehidupan dalam dunia ilusi kau itu.
Aku tahu bertapa susahnya kau utk membezakan dunia halunasi dan dunia nyata.
Kau patut berbangga, kerana kau tidak hidup seperti kami.
Aku, punyai perasaan. Tetapi kelihatan mati.
Tetapi...
Kau, punyai perasaan. Tetapi kelihatan amat gembira sekali.
Aku, punyai keperluan. Tetapi masih terkapai-kapai.
Tetapi..
Kau, tidak punyai apa-apa. Tetapi masih tertawa girang.
Di takdirkan sebegitu rupa, aku tidak menyalahkanNya...
Mungkin, tamat sudah sandiwara manusia itu. Lantasnya, tidak siuman lebih sebati dengan kehidupannya.
Kau hitung jari kau, kau pusingkan kepala kau.
Kau, masih tegap berdiri.
Jikalau aku hitungkan jari aku, pusingkan kepala aku.
Rebah lebih selesa utk dinikmati.
Wahai manusia kurang siuman, satu doa utk kau simpan sebagai bekalan.
Aku hanya mampu berkata-kata, hanya Dia yang akan menentukan segala doa dan kata-kata ini.
Amin...
Label: coretan
Label: nukilan
Sekilas aku ingin berkata...
Terima kasih wahai kesemua tangan yang menyambut segala kemahuan utk mengejar kejayaan.
Walau..
Tomahan demi tomahan diredah; ditempuh, tetapi aku tetap dengan keputusan yang hina ini. Semburan demi semburan aku menepis segala desakan yang datang.
Ia adalah penghinaan...
Tetapi aku tetap tabah, dan kepercayaan itu pada kau semua.
Khilaf...
Itu sudah pasti, kita bukan robot. Bukan mesin pengira wang!
Tidak tepat pada setiap insan, tidak lurus pada setiap masa. Tidak teguh pada setiap waktu!
Tetapi kita tetap berdiri.
Terima kasih aku ucapkan...
Segala lembut tangan yg menadah segala kehendak mereka.
Aku ingin sambut.
Tetapi bocor..
Kini aku terjelepuk berada dibawah semula.
Aku tidak ingin naik ke atas semula.
Aku tidak serik, tetapi kecil hati.
Hati kecil ini mungkin tiada siapa yang peduli, tiada siapa yang ingin menepuk-nepuk manja.
Tidak seorang diantara mereka bagaimana pedihnya, utk menampung segala tomahan itu.
Tetapi ada seorang sahaja yg berdiri bersebelahan aku.
Dia...
Senantiasa memberi semangat.
Walaupun muka ini pekat bak serbuk kopi yang hitam!
Maafkan aku, jikalau muka ini terlalu kelat utk dipandang.
Aku tidak ingin menyinggung mu.
Kini..
Aku akan cuba menelannya...
Maafkan aku jikalau bebanan ini perlu aku luahkan pada kau.
Aku tidak punyai sesiapa.
Mungkin sedarah dengan aku pun tidak mahu mendengar apa yang ingin aku bebelkan..
Terima kasih juga pada kau..
Tidak kisah dirempuh, tidak kisah dipijak.
Busuk itu akan aku tanggung sampai bila-bila, terima kasih pada semuanya.
Dan ribuan terima kasih yang teristimewa pada kau.
Aku akan senyum selagi, darah ini mengalir.
Aku akan ketawa selagi, nafas ini berhembusan.
Aku akan sayang selagi, jantung ini berdenyutan.
Label: coretan
Bila dia berkata..
"U main-main dengan I?"
Aku tidak gemar dengar perkataan begitu, aku tidak ingin ia terpancar dari suara manja mu itu.
Aku tidak pernah bermain-main, kerana perasaan sayang ini adalah kemahuan yang datang dari diri aku sendiri. Aku tidak menyuruh sesiapa memaksa aku utk menyayangi sesiapa.
Maafkan aku,
Jikalau diri aku ini ibarat satu permainan.
Maafkan aku,
Jikalau kau merasakan tidak selesa dengan perwatakan aku yg penuh dengan gurau senda.
Ada kalanya, setiap tutur kata ini menyinggung mu.
Ada kalanya, kau terkeliru dengan setiap sebutan yg disemburkan dari lurah mulut aku.
Tetapi kau harus tahu, jikalau aku menuturkan sesuatu yang manis, itulah maksudnya.
Aku tidak mahu hidup seperti org yg berkerut dahi senantiasa, aku merasakan suatu hubungan itu perlu ada gelak tawa, manis. Dan pahit itu dikurangkan, kerana aku tidak mahu hidup dalam KEPAHITAN.
Maafkan aku jikalau aku terlalu emosi.
Aku tidak mahu ianya berhenti begitu sahaja, aku mahu ianya diteruskan tidak kira apa jua lopak yang aku perlu tempuh.
Segala yang dilakukan tidak pernah sesekali aku menganggap ia adalah permainan, dan diri kau bukanlah alat mainan, dan aku tidak mahu mempermainkan, kerana aku bukan kanak-kanak yang senantiasa menggengdong permainan mereka kehulu-hilir.
Aku lebih suka melihat mu tidur nyenyak disudut itu.
Aku lebih suka melihat kau menyakat diri aku.
Aku lebih suka melihat kau senyum.
Aku lebih suka melihat kau girang!
Kerana ia adalah KEMAHUAN aku, aku mahukan kau gembira.
Jangan kau beratkan mulut itu utk memanggil aku dengan manja.
Tetapi jikalau kau merasakan ianya hanya satu boneka, aku tidak boleh menghalangnya. Kerana itu adalah kemahuan kau sendiri.
Tetapi aku tetap akan teruskan kemahuan aku utk kau girang di muka bumi ini,
Label: coretan
Gulita.
Mana cahaya, aku berdiri didalam keterangan lampu pendaflour.
Tetapi masih gelap.
Terpaku.
Aku berubah, entah mengapa.
Aku beginikah?
Cuba selami, tetapi tidak berjaya.
Kerana aku sendiri tidak tahu akan penghujung jalan yang aku ingin pergi..
Masa.
Tamat sudah.
Masa utk menghadapi segala kemungkinan, mungkin segala bah akan menghempas umbun kepala aku ini.
Segala persoalan perlu aku sediakan demi menjaga mereka yang telah berhempas pulas pada segala aspek.
Mungkin pengakhiran itu akan jelas kelihatan jikalau terpampang segala kesalahan mereka.
Aku ingin kejar segala gelak tawa itu. Tetapi aku terlalu perlahan, aku bukanlah superman, aku bukanlah The Flash.
Aku tidak sepantas mereka, aku hanya berjalan.
Berjalan melepasi gelap itu.
Berjayakah aku?
Kita lihat sahaja.
Warghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..............
Jerit suara kecil didalam kegelapan, tangan yg besar mengorek-ngorek celah pintu kayu yang berwarna biru itu. Hitam didalam mungkin. Aku tersandar di paip berwarna hitam, hitam ditatkala cerah juga, karat itu mesti.
Ketakutan jasad kecil itu, mengigil kerana ketakutan. Tidak tahu akan kesalahan si jasad kecil ini. Aku berdoa. Moga-moga jeritan ini sampai ke orang tua ku. Tetapi mereka pekak, akan kerana jarak yang memisahkan pendengaran mereka.
Aku kini memegang kedua keting kaki aku, membenamkan muka pada peha ini lebih selamat pujuk akal aku. Mari!
Tetapi tangan dan hentakan pada pintu kayu itu semakin kuat!
Berdentum!
Tergamam!
Kini suara-suara bangsat menakut-nakutkan si-jasad kecil ini. Meronta-ronta suara itu!
Didalam ini!
Dada ini berdegup! Pantas!
Tolonglah!
Lepaskan aku dari segala azab kegelapan ini!
Kini...
Cahaya menembusi celahan pintu kayu itu, terbuka luas utk seketika.
Mangkuk berisi nasi di lemparkan ke arah si kecil ini, tangan kecil ini mencapai. Kelaparan itu kelihatan. Gelojoh! Tetapi aku merasakan kekurangan! Tiada perisa selain daripada rasa tawar nasi itu sahaja!
Aku memohon supaya dirasakan garam pun jadilah..
Tetapi tiada...
Menitis air mata si kecil ini ke dalam mangkuk nasi itu, dirasakan masin sedikit.
Tidak mengapa, itu pun jadilah utk dialaskan kedalam perut ini.
Aku ingin keluar.
Tolong...........................................................
Aku ingin keluar dari kegelapan ini....
Teresak-esak..
Label: nukilan
Lambaian itu tidak bererti peninggalan, lambaian itu tidak bererti penghabisan.
Cubalah utk mengerti,
Fahamilah apa yang terjadi,
Aku bukanlah lelaki yang sempurna,
Maafkanlah..
Analogi diantara aku dan dia nyata.
Khilaf adalah aku,
Tidak suang-suang aku putus asa.
Tiada perhentian utk aku,
Juga tidak pada pilihan,
Jera itu kelihatan.
Tetapi tiada kata putus utk cerita ini,
Ia masih berjalan,
Kerana aku mahu dia bahagia,
Kebahagian itu perlu dikecapi dengan pelbagai rintangan, tidak semudah apa yang mereka fikirkan. Menanggung segala derita itu juga adalah satu kewajiban utk memastikan perjalanan itu menuju ke arah kegembiraan.
Tiada pertandingan utk merebut kebahagian, hanya perlumbaan utk sampai ke arah yang dituju sahaja. Aku tidak mahu terlambat, mahupun ketinggalan dengan arus udara yang laju ini.
Tapi aku mahu berhenti seketika utk menikmati fajar menyinsing, sejuk pagi itu ingin aku peluk.
Bolehkah?
Pasti boleh kerana mata itu masih mahu menatap jasad ini.
Aku tersenyum.
Malu kerana ditusuk oleh pandangan itu.
Jantung berdegup.
Aku berpaling.
Label: nukilan
Komen Pelawat